PUTRAJAYA: 3 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 16 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut Noor Hisham, daripada 3 kes baru hari ini, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan melibatkan warganegara Malaysia.
Manakala itu, daripada 2 kes penularan dalam negara, kesemua kes juga melibatkan warganegara Malaysia.
Setakat ini Malaysia merekodkan 8,637 kes Covid-19. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 182 kes dan sudah diasingkan serta diberi rawatan.
KLIK SINI UNTUK SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA