KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau gagal mendapatkan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana gabungan itu memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah berjumpa dan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk oleh Muhyiddin.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau malah tidak boleh menelefon beliau," jelasnya.
Kali terakhir Dr Mahathir bertemu dengan Abang Johari adaalah sebelum 'Langkah Sheraton' pada 23 Februari lalu.
Katanya, beliau tidak tahu pendirian GPS itu telah berubah dan seterusnya mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin.
"Waktu itu mereka menyatakan sokongan 100% kepada saya tetapi, apabila sampai masa tandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurutnya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beliau disokong GPS, namun beliau melihat parti itu menyokong Muhyiddin.
BACA DALAM ENGLISH