PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini meluahkan rasa bimbang mengenai kluster baru Covid-19 yang dikesan di Labu Lanjut, Sepang, Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian telah mencatatkan lima kes baru setakat ini daripada kluster itu.
Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk jangkitan pernafasan akut (ARI) di Hospital Serdang di mana beliau dikesan positif pada 5 Jun.
"Pengesanan kes aktif mendapati beliau telah menjangkiti empat individu iaitu dua orang cucu beliau dan tiga anggota keluarganya, yang tinggal serumah.
"Seorang lagi yang tinggal di tempat lain juga didapati positif," katanya.
Punca jangkitan belum dapat ditentukan, sambil menambah bahawa ia mungkin disebabkan aktiviti kunjung-mengunjung.
KLIK SINI UNTUK DATA TERKINI SITUASI COVID-19 DI MALAYSIA