“Terima kasih Nizar di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin," kata Najib.
PEKAN: Bekas
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada
anaknya Mohd. Nizar kerana bersabar supaya tidak menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Najib berkata bahawa Nizar memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman dan pendidikan untuk menjadi calon PRK Chini.
Malahan, ramai pihak di bahagian UMNO Pekan dan rakan-rakan seperjuangan BN menyokong Nizar menjadi calon.
Walau bagaimanapun, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata ia amat janggal jika anaknya menang dan menjadi ADUN di sebuah
parlimen di mana beliau sebagai bapa menjadi wakil rakyat.
“Saya juga telah
berbincang pendirian saya dengan Nizar dan dia bersetuju malah dia juga teguh
dengan kesungguhan untuk membantu calon dipilih! Berkobar-kobar Nizar!
“Terima kasih Nizar
di atas kesabaranmu dan tunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin," kata Najib.
Beliau juga sempat bergurau bahawa beliau bukan seperti presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun pengerusi DAP, Lim Kit Siang.
Najib juga menegaskan bahawa UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa.
Sementara itu, Nizar
dalam laman Facebooknya bersyukur dan berterima kasih kerana memilih kalangan
Pemuda UMNO Pekan sebagai calon PRK Chini.
Nizar berkata,
jentera Pemuda Pekan akan memberikan sokongan penuh kepada Mohd Sharim Md. Zain.
“Semoga dipermudahkan segala urusan semasa berkempen. Saya doakan Sharim akan menjadi pemimpin yang baik, dihormati ramai dan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan amanah,” kata Nizar.