KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meluahkan rasa terkilan apabila tular rakaman video bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengajak partinya Bersatu supaya berjuang menjatuhkan Najib.
Mahathir mendakwa bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mengangkat Najib menjadi perdana menteri lagi.
"Perjuangan kita adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.
"Sekarang ini, kita dapati bahawa presiden kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sedang berusaha untuk mengangkat Najib...jadi perdana menteri sekali lagi," dakwa Mahathir.
Dalam status Najib yang dikemaskini di Facebook (FB) miliknya, Najib seolah-olah memerli Mahathir yang sering menyebut namanya dan menyalahkan beliau.
“Najib lagi.
“Najib, Najib, Najib,” katanya.