Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun premis perniagaan dalam konteks terbabit tidak lagi perlu membuat pemeriksaan suhu badan, pengunjung perlu meninggalkan nama dan nombor telefon bagi tujuan pengesanan kontak jika terdapat kes positif Covid-19.
Keputusan ini bagi memudahkan orang ramai dan pemilik premis supaya tidak mengambil suhu badan pengunjung berkali-kali.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) petang tadi.
KLIK SINI UNTUK SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA