📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Rakyat Sabah, Sarawak layak jadi PM – Warisan


TAWAU: Rakyat Sabah dan Sarawak layak menjadi perdana menteri Malaysia dan mereka telah menunggu selama 60 tahun sejak pembentukan Malaysia, kata naib presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau berpendapat bahawa Sabah dan Sarawak telah "menunggu lama" untuk peluang seperti itu.

Jaujan, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, mengulas cadangan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad untuk mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri Pakatan Harapan.