📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

BN alu-alukan penyertaan semula Salleh ke dalam UMNO - Annuar Musa


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengambil sikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semula bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ke dalam parti tersebut (UMNO).

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan tentang permohonan tersebut namun individu berkenaan perlu menjalani beberapa proses yang ditentukan pengurusan tertinggi.

“Kita memang ada menerima permohonan daripada Datuk Seri Salleh dan empat pemimpin kanan daripada Sabah, yang membuat keputusan kembali semula dan mereka perlu membuat permohonan baharu.

“Parti politik ini milik orang ramai, kami terima dengan hati yang terbuka, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan,” katanya kepada pemberita pada program Baiti Jannati@Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Salleh sebelum ini mengesahkan membuat permohonan untuk menyertai UMNO pada 26 Mei, melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia pernah memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu, selepas beliau bersama sebilangan besar pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti pada Disember 2018, namun membatalkan permohonan tersebut.

BACA JUGA: