📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: 5 kes baru, 9 pulih, tiada kematian


PUTRAJAYA: 5 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,648.

Manakala, 9 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

"Ingin dimaklumkan daripada 5 kes baharu yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.

Setakat ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 81 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

KLIK SINI UNTUK SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA