PONTIAN: Membuka semula sempadan akan menjadi perkara terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam perang melawan wabak COVID-19 dan memastikan kes import di negara ini terus berkurang, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata perkara ini akan dilakukan kerana kebanyakan kes baru yang direkodkan di negara ini adalah kes import.

"Dalam protokol kami untuk melindungi atau mengatasi wabak itu, antara perkara yang harus kita berhati-hati adalah kawalan sempadan kerana sempadan kita tidak hanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi juga di Johor, sempada bersama dengan Thailand, serta sempadan di Sabah dan Sarawak dan pintu masuk lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi townhall anjuran UMNO Tanjung Piai di Kukup hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai adakah kementerian bersiap sedia untuk menyaring lebih banyak orang berikutan rancangan untuk membuka kembali sempadan ke negara-negara yang dikategorikan sebagai zon hijau, termasuk Singapura.