📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: Hanya 1 kes baru, 21 pulih, tiada kematian


PUTRAJAYA: Hanya 1 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan ia angka kes harian terendah sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Manakala, 21 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Ingin dimaklumkan bahawa 1 kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

"KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini. Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, pencapaian ini sememangnya hasil kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing. Ini termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya ketika sidang media harian perkembangan Covid-19.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,640 kes Covid-19. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 144 kes dan sudah diasingkan serta diberi rawatan.

KLIK SINI UNTUK SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA