📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

COVID-19: Kes positif di Indonesia hampir angka 60,000


JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan menghampiri angka 60,000, iaitu tambahan 1,624 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 53 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini berjumlah 2,987 orang.

"Kes positif kini 59,394 manakala sebanyak 13,359 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya, yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 948 kes, diikuti provinsi Jakarta (638 kes), Kalimantan Selatan (190), Jawa Barat (177) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.