KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak, setelah musuh politiknya itu mengucapkan selamat hari jadi kepadanya pagi tadi, sebagai tanda muhibah yang jarang ditunjukkan oleh kedua-dua bekas perdana menteri itu.
"Saya juga sempat melihat mesej ucapan Datuk Seri Najib dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas ucapan baik yang sangat penting bagi saya kerana saya berasa terharu kerana saya masih diingati oleh begitu banyak orang,” katanya dalam video dimuat naik di laman Facebook.
Najib dalam catatan Facebooknya pagi ini mengucapkan selamat hari jadi kepada bekas mentornya, mendoakan Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan serta dilanjutkan usia.
Mahathir juga berkata beliau turut mendapat ucapan dari presiden Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin-pemimpin asing yang lain.
Dalam video itu, isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali menyanyikan lagu Doris Day tahun 1950-an, "If I Give My Heart To You".
"Mengucapkan selamat ulang tahun ke-95 tahun, dan saya berdoa agar Allah SWT memberikan anda kesihatan dan umur panjang. Sayang awak,” kata Siti.