📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Kerajaan benarkan 'drive-in cinema', tonton filem dari kenderaan sendiri

PUTRAJAYA: Rindu hendak menonton filem di wayang? Tidak mengapa. Kini, kerajaan telah menunaikan hasrat rakyat untuk menonton filem  secara pandu masuk (drive-in cinema), di mana rakyat dapat menonton filem di dalam kenderaan.

Namun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.

Seterusnya, SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru).

"Petugas RELA juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti tersebut bagi rujukan semua operator yang terlibat,” jelas Ismail Sabri.

-- SUARA KINI