NEW DELHI: Bintang filem India hari ini memberi
penghormatan terakhir kepada legenda komedi Jagdeep, yang mula menempa industri
komedi dengan membawa watak ‘Sholay’ dalam filem 1975.
Pelakon berusia 81 tahun itu meninggal dunia di
kediamannya di Mumbai pada petang Rabu.
Terkenal kerana sering membawa watak komedi dalam kerjaya
beliau selama enam dekat, Jagdeep kurang baik berikutan masalah faktor usia,
lapor media India.
Jagdeep, atau nama sebenarnya Syed Ishtiaq Ahmed
Jafri, mewakili era yang penuh dengan perjuangan bagi banyak pelakon filem.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai artis
kanak-kanak dan membintangi hampir 400 filem, tetapi wataknya sebagai 'Soorma
Bhopali' di Sholay menjadikan beliau salah satu wajah yang paling dikenali.
Bintang filem, Anil Kapoor menggambarkan Jagdeep
sebagai "salah satu pelakon India" yang hebat.
"Selalu seronok menonton lakonan beliau. Beliau
membawa banyak kegembiraan kepada penonton," tulis pelakon, Ajay Devgn
dalam catatan Twitter beliau.
Heard the sad news of Jagdeep Saab’s demise. Always enjoyed watching him on screen. He brought so much joy to the audience. My deepest condolences to Jaaved and all members of the family. Prayers for Jagdeep Saab’s soul🙏
— Ajay Devgn (@ajaydevgn) July 8, 2020
-- SUARA KINI