ISLAMABAD: Menteri kesihatan Pakistan, Dr Zafar Mirza, pada Isnin berkata bahawa beliau telah disahkan positif COVID-19.
"Saya telah disahkan positif COVID-19. Atas nasihat (perubatan), saya telah diminta mengasingkan diri di rumah dan mengambil langkah berjaga-jaga. Saya juga mengalami simptom ringan. Tolong doakan saya,” katanya dalam catatannya di Twitter.
<327> I have tested positive for COVID-19. Under med advice I have isolated myself at home & taking all precautions. I have mild symptoms. Please keep me in your kind prayers. Colleagues, keep up the good work! You are making a big difference & I am proud of you.
— Zafar Mirza (@zfrmrza) July 6, 2020
Beberapa pegawai atasan Pakistan juga disahkan positif, termasuk Menteri Luar Negeri, Shah Mahmood Qureshi yang mengesahkan perkara itu pada Jumaat, hanya beberapa hari setelah bertemu dengan wakil khas A.S. mengenai isu damai Afghanistan, Zalmay Khalilzad.
Menteri Kereta Api, Sheikh Rasheed dan speaker Dewan Negara, Asad Qaiser juga disahkan positif Covid-19.
Pakistan setakat hari ini merekodkan 229,831 kes dengan 4,763 kematian. Negara itu mencatatkan kes baharu kira-kira 4,000 pada setiap hari.