KUALA LUMPUR: Berlainan ideologi
politik bukan penghalang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
menunjukkan rasa hormat kepada seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Biarpun seteru itu merupakan individu yang
bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas 62
tahun memerintah negara, Najib tetap mengambil kesempatan mengucapkan selamat
hari lahir ke-95 kepada Dr Mahathir.
“Happy
95th birthday, sir.
"Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan
rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia,” kata Ahli Parlimen Pekan
itu dalam catatan terbaharu di Facebook rasmi beliau hari ini.
Buat pertama kali dalam sejarah Barisan
Nasional hilang kuasa memerintah negara sejak penubuhannya pada 1973, apabila
mereka tewas kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir sendiri.
Namun krisis politik yang berlaku pada awal tahun
ini menyaksikan Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil langkah drastik meletakkan
jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri, mengakibatkan
kejatuhan kerajaan.
Jawatan Perdana Menteri kini dipegang Tan Sri
Muhyiddin Yassin dengan kemasukan Barisan Nasional dan PAS ke dalam kerajaan
yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.
-- AWANI