Pengumuman keluar parti itu dibuat oleh Ketua Biro Sukan Amanah Sabah, Dani anak Ganggai.
Bercakap dalam sidang media, Dani mendakwa tindakan keluar parti dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti Amanah. Selain meninggalkan parti, beliau turut melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti serta merta.
Terdahulu, kira-kira 200 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti.