📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

PRK DUN Chini: BN beli 4 daripada 8 set borang pencalonan, kata SPR Pahang

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah tersebut, empat set dibeli oleh wakil Barisan Nasional sementara empat yang lain dibeli oleh wakil bebas.

KUANTAN: Lapan set borang pencalonan untuk pilihan raya kecil DUN Chini setakat ini telah dibeli dari pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah tersebut, empat set dibeli oleh wakil Barisan Nasional sementara empat yang lain dibeli oleh wakil bebas.

Katanya, borang pencalonan telah mula dijual sejak 15 Mei di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, dekat sini.

Pilihan raya kecil DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

SPR menetapkan pilihan raya kecil Chini pada 4 Julai dan hari penamaan calon pada 20 Jun sementara hari pengundian awal adalah pada 30 Jun.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi sementara calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim mendapat 5,405 undi dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR hanya memperoleh 1,065 undi.

Artikel Berkaitan